Monday, December 26, 2011

Jalan2: Universiti Malaysia Pahang

Huh! Penat..baru balik dari pahang ni.. balik kampung husband + jalan2.. camnilah kalau cuti, pasti diisi dengan aktiviti keluarga. Bagi saya keluarga mmg no 1. Kerja memang jatuh no 2.. tak kirala si boss itu nak cakap apa pun ..saya peduli apa. kehkehkeh...
Kali ni kami balik jengka, dah lama tak balik sejak raya ari tu. Then bila sampai sana mak ajak pula ke kuantan rumah kak lang. Uhhh best! Best! Nak makan sata...leleh air liur dah ni...on d wy ke kuantan singgah ambik anak buah dulu kat UMP pahang. Tempat baru, jauh bangat, kosong tapi tepi pantai...best best...




so sampai sana kami pun posing camni...

Friday, December 23, 2011

Dia sudah tidur..

Nampak tu...dia sudah tidur dgn nyenyak lepas minum susu ibu nya..
Apabila dia sudah tidur..mama bole kemas rumah,
Bila dia sudah tidur... mama bole sidai kain kat luar,
Bila dia sudah tidur...mama bole masak2 (cewahhh),
Bila dia sudah tidur...mama bole bersenanglenang..
dan bila dia sudah tidur mama bole jln2 (blogwlking:)ngeeeeee

Wednesday, December 21, 2011

Donut sedap

Bahan2 :
2 sudu marjerin
2 cawan tepung
1 sudu susu tepung ( susu afnan)
2 sudu kecil yis
21/2 sudu mkn gula
120 ml air

Cara membuatnya:
1. Masukkan yis kedalam air dan tunggu sehingga 5 minit @mengeluarkn buih
2.Masukkan semua bahan yang lain dan Gaulkan semua bahan hingga sebati.
3.Tutup mangkuk dan biarkan bahan naik dua kali ganda.
4.Sapukan papan canai dgn tepung.
5. Ulikan doh di atas papan canai dan buatlah bentuk donut. Kalo tak reti sila beli donut cutter..ngehngehngeh...
6. Bila dah siap bolelah di goreng didlm minyak panas sehingga warna kuning keemasan 916.
7. Dan akhir sekali gaulkan bersama gula.

nyumnyumnyumnyum......

Resipi di perolehi dari sahabatku kakak nazvin yg rajin memasak. Tujuan dimasukkan dalam blog ni adalah semata2 untuk ia disimpan dgn selamatnya.. Kerna kertas yg kak vin bg tu dah lunyai dan asyik hilang diceruk dapurku itu.... Tapi gambar diatas tu sekadar hiasan agar aku mendapat inspirasi nak buat donut yg sedap cenggitu...sekian merapu2...

Friday, December 9, 2011

majlis bertunangan bella dan naim

gabar2 ni diambil ketika menghadiri majlis pertunangan sepupu saya nabila, di banting. Majlis yg sempurna dan meriah ni memberi peluang kepada kami berkumpul setelah lama tidak berjumpa


Add caption

Saturday, November 19, 2011

Lego

Cuti raya aidiladha baru ni kami sekeluarga balik rumah mak saya di sg petani. Anak2 memang seronokla dapat layanan dri wan ngan uminya. Saya pulak kalo balik memang suka memunggah barang2 lama kat rumah mak, tak kiralah buku2 kesayangan saya ke, baju ke tapi kali nih saya jumpa benda nih! lego adik2 saya yg dah berusia hampir 21 tahun,! Hiihi! tak sangka mak sya masih simpan bendani lagi! lego ni mahal kalau tgk kat kedai tu. Saya pulak kalau nak beikan permainan anak mesti tgk dulu tahap keselamatan dan kesesuaian permainan tu dgn anak saya.Oleh kerana saiz nya kecil maka saya elakkan dari membelinya lagi kerana takut aisy masukkan lego tu ke dalam mulut. Tapi mmg saya suka kalau dapat belikan diorang nanti. Lego ni sngat elok melatih koordinasi tangan anak, membantu dalam meningkatkan daya kreativiti, dan imaginasi mereka. Tapi jenuhla nak mengemasnya lepas tu ,huhu!


Tuesday, November 15, 2011

Hati berbunga-bunga pulak!

Gambar sekadar hiasan ...huhuhu
Sukeeee!!!

Lately ni interested pulak nak bercucuk tanam..suka tgk bunga2 gantung camnih.. cantik.. setakat nih tgk kat umah orang jela, kebetulan adik dah besar n memberi ruang kat mamanya nak buat hal sendiri...yuhuuu...
tapi setakat nih masih belum ada progress lagi.. tunggu dah cantik nanti kita upload gambar ye...

Friday, November 11, 2011

Anak mama dah besar..





Wahh afnan hafiy sekarang dah dua tahun lebih dan adik pulak setahun lebih dah . adik dah pandai jalan since setahun sebulan. Diorang nih memang kawan baik dan bole main sama2. setakat ni memang jarang gaduh. Afnan akan cium adik dia bila bgn dari tido, adik pun pandai cium abang kalau di suruh. Kalo abang nangis dia akan datang pujuk.... hmmm dah makin bijak dua orang nih.. Alhamdulillah! Syukur dikurniakan anak yang sihat dan bijak. Walaupun susah juga kadang2 , tapi kesbaran mengatasi segalanya. Papa banyak membantu menguruskan anak2 mama nih! Banyak sangat!terima kasih pa, love you so much!
P/s: bila nak dapat gegirl nih pa?