Monday, December 26, 2011

Jalan2: Universiti Malaysia Pahang

Huh! Penat..baru balik dari pahang ni.. balik kampung husband + jalan2.. camnilah kalau cuti, pasti diisi dengan aktiviti keluarga. Bagi saya keluarga mmg no 1. Kerja memang jatuh no 2.. tak kirala si boss itu nak cakap apa pun ..saya peduli apa. kehkehkeh...
Kali ni kami balik jengka, dah lama tak balik sejak raya ari tu. Then bila sampai sana mak ajak pula ke kuantan rumah kak lang. Uhhh best! Best! Nak makan sata...leleh air liur dah ni...on d wy ke kuantan singgah ambik anak buah dulu kat UMP pahang. Tempat baru, jauh bangat, kosong tapi tepi pantai...best best...




so sampai sana kami pun posing camni...

Friday, December 23, 2011

Dia sudah tidur..

Nampak tu...dia sudah tidur dgn nyenyak lepas minum susu ibu nya..
Apabila dia sudah tidur..mama bole kemas rumah,
Bila dia sudah tidur... mama bole sidai kain kat luar,
Bila dia sudah tidur...mama bole masak2 (cewahhh),
Bila dia sudah tidur...mama bole bersenanglenang..
dan bila dia sudah tidur mama bole jln2 (blogwlking:)ngeeeeee

Wednesday, December 21, 2011

Donut sedap

Bahan2 :
2 sudu marjerin
2 cawan tepung
1 sudu susu tepung ( susu afnan)
2 sudu kecil yis
21/2 sudu mkn gula
120 ml air

Cara membuatnya:
1. Masukkan yis kedalam air dan tunggu sehingga 5 minit @mengeluarkn buih
2.Masukkan semua bahan yang lain dan Gaulkan semua bahan hingga sebati.
3.Tutup mangkuk dan biarkan bahan naik dua kali ganda.
4.Sapukan papan canai dgn tepung.
5. Ulikan doh di atas papan canai dan buatlah bentuk donut. Kalo tak reti sila beli donut cutter..ngehngehngeh...
6. Bila dah siap bolelah di goreng didlm minyak panas sehingga warna kuning keemasan 916.
7. Dan akhir sekali gaulkan bersama gula.

nyumnyumnyumnyum......

Resipi di perolehi dari sahabatku kakak nazvin yg rajin memasak. Tujuan dimasukkan dalam blog ni adalah semata2 untuk ia disimpan dgn selamatnya.. Kerna kertas yg kak vin bg tu dah lunyai dan asyik hilang diceruk dapurku itu.... Tapi gambar diatas tu sekadar hiasan agar aku mendapat inspirasi nak buat donut yg sedap cenggitu...sekian merapu2...

Friday, December 9, 2011

majlis bertunangan bella dan naim

gabar2 ni diambil ketika menghadiri majlis pertunangan sepupu saya nabila, di banting. Majlis yg sempurna dan meriah ni memberi peluang kepada kami berkumpul setelah lama tidak berjumpa


Add caption